Home SemasaGlobal Trump bakal henti bantu Honduras, Guatemala, El Salvador

Trump bakal henti bantu Honduras, Guatemala, El Salvador

by Noor Sheila Amin

Trump yang sedang bergelut untuk mendapatkan kelulusan Kongres Amerika Syarikat bagi membiayai pembinaan tembok di selatan negara itu, melahirkan rasa kecewa terhadap keengganan Honduras, Guatemala dan El Salvador membantu menangani masalah pendatang.

“Honduras tidak melakukan apa-apa untuk kita. Guatemala tidak melakukan apa-apa untuk kita. El Salvador tidak melakukan apa-apa untuk kita.

“Namun, kita memberi bantuan bernilai jutaan dolar kepada mereka setiap tahun dan kita akan menghentikannya (bantuan) tidak lama lagi.

“Sebenarnya, ketika ini, kita sedang meneliti perkara itu,” katanya.

Menurut Perkhidmatan Penyelidikan Kongres, cadangan permohonan bajet bagi tahun fiskal 2019 oleh pentadbiran Trump adalah termasuk AS$45.7 juta (RM188.8 juta) kepada El Salvador, sebanyak AS$69.4 juta (RM286.7 juta) kepada Guatemala dan AS$65.8 juta (RM271.8 juta) kepada Honduras.

Namun, jumlah itu adalah lebih rendah berbanding peruntukan bantuan yang disediakan pada tahun sebelumnya.

Related Articles

Leave a Reply