Home SemasaGlobal Insiden tembakan di Florida, 5 maut

Insiden tembakan di Florida, 5 maut

by Noor Sheila Amin

Ketua Polis Sebring, Karl Hoglund dalam satu sidang media berkata, kejadian berlaku pada jam 12.30 (waktu tempatan) di Bank SunTrust di Sebring, kira-kira 153 kilometer ke utara Orlando, iaitu bandar kecil yang mempunyai 10,000 penduduk.

Menurut pihak berkuasa, suspek berusia 21 tahun yang dikenal pasti sebagai Zephen Xaver menelefon pihak polis dan mendedahkan bahawa beliau sudah melepaskan tembakan di dalam bank berkenaan.

“Selepas usaha rundingan gagal meyakinkan suspek untuk meninggalkan bank, pasukan SWAT dari pejabat Sheriff daerah Highlands memasuki bangunan dan terus berbincang dengan beliau,” kata polis.

Xaver kemudiannya bersetuju untuk menyerah diri dan kini berada di dalam tahanan polis. Namun, pihak polis enggan memberikan butiran lanjut mengenai motif kejadian itu.

Pada masa sama, tiada maklumat diperoleh berhubung mangsa, termasuk mengenai mangsa yang cedera.

Related Articles

Leave a Reply