Home Semasa Agong ke-16 dipilih pada hari ini

Agong ke-16 dipilih pada hari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Majlis Raja-Raja telah mengadakan mesyuarat khas pada hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara.

Mesyuarat Khas telah diadakan pada 10.30 pagi tadi.

Kekosongan jawatan Ketua Utama Negara itu berikutan peletakan jawatan Sultan Muhammad V pada 6 Januari lepas, sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah institusi beraja negara.

Susunan penggiliran pertama pelantikan Yang di-Pertuan Agong dilakukan di atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu , Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

Sistem penggiliran dalam kala­ngan sembilan Raja-raja Melayu kini memasuki pusingan kedua yang menyaksikan Raja-raja Melayu dari enam negeri telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Tinggal tiga lagi Raja-raja Melayu dari Pahang, Johor dan Perak untuk melengkapkan pusingan kedua sistem penggiliran itu.

Related Articles

Leave a Reply