Home Semasa Kit Siang dicadang jadi ‘Menteri Hal Ehwal Najib’

Kit Siang dicadang jadi ‘Menteri Hal Ehwal Najib’

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencadangkan supaya veteran DAP, Lim Kit Siang, memohon dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Najib.

Melalui hantaran facebooknya, Najib berkata Kit Siang itu dilihat terlalu obses apabila setiap sehari membuat kenyataan berunsur serangan ke atasnya.

Menurut Najib, terbaharu Kit Siang menyeru anak-anak Felda supaya mencontohi chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan yang mengugut untuk menamparnya semalam.

“Nampaknya, uncle ini masih tidak dapat mengawal obsesi dia terhadap saya.

“Saya rasa ianya lebih baik jika Kit Siang terus minta untuk dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Najib.

“Bolehlah dapat kereta rasmi, gaji dan elaun Menteri. Malu apa?,” katanya menerusi Facebook miliknya hari ini.

Dalam laporan media semalam, Chef Wan berkata, beliau mahu menampar muka Najib semasa hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai,Cameron Highlands.

Selain mahu menampar muka Najib, Chef Wan juga melakukan perkara yang sama pada bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang disifatkannya tidak menguruskan Felda dengan baik.

Bagaimanapun Chef Wan hari ini, tampil memohon maaf kepada Najib melalui laman sosial Instagramnya kerana mengeluarkan ayat mahu menampar muka bekas Perdana Menteri itu.

Beliau menjelaskan tidak mahu menjadi orang yang tidak bersyukur dan menghargai jasa-jasa yang pernah dibuat oleh Najib sewaktu memerintah negara.

 

Related Articles

Leave a Reply