Home Politik Fitnah Menteri Pertahanan: Peguam akan hantar notis tuntutan kepada Khairy Jamaluddin

Fitnah Menteri Pertahanan: Peguam akan hantar notis tuntutan kepada Khairy Jamaluddin

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Menteri Pertahanan, Mohamad Bin Sabu kesal dengan kenyataan fitnah yang dikeluarkan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang mengatakan menteri telah menggunakan jentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) di Cameron Highlands.

Perkara tersebut disampaikan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar, merujuk laporan media yang memetik kenyataan Ahli Parlimen Rembau semasa berkempen di Cameron Highlands.

“Khairy terus mengeluarkan kenyataan fitnah ini walaupun Kementerian Pertahanan sudah pun menjelaskan mengenai perkara ini dalam satu kenyataan pada 15 Januari 2019 yang lalu.

“Peguam peribadi kepada menteri pertahanan akan menghantar notis tuntutan kepada Khairy dalam jangka masa terdekat,” jelas Amin dalam kenyataannya

Semasa berkempen di kawasan kerusi parlimen Cameron Highlands, Khairy berkata kerajaan Pakatan Harapan cakap tak serupa bikin.

Beliau mengulas dakwaan kenderaan jabatan kerajaan digunakan untuk berkempen dalam pilihan raya kecil oleh pihak kerajaan Pakatan Harapan.

“Apa yang mereka tuduh Barisan Nasional (BN) selama ini guna jentera kerajaan, mereka yang amalkan lebih teruk lagi,” kata Khairy yang disiarkan oleh beberapa media tempatan pada hari ini.

“Contoh terbaru ialah kenderaan jabatan hutan digunakan untuk tujuan kempen pilihan raya dibalut dengan bendera PH.
“Ini tak termasuk lawatan menteri sempena PRK dengam alasan kebetulan atau dirancang awal.

“Termasuk Mat Sabu datang guna jentera ATM,” kata Ahli Parlimen Rembau.

Pada 15 Januari lalu, pihak Kementerian Pertahanan telah mengeluarkan kenyataan yang menafikan dakwaan salah guna aset ATM oleh Mohamad untuk kempen PRK Cameron Highlands.

Dalam kenyataan tersebut, pihak Kementerian Pertahanan menjelaskan bahawa Menteri Pertahanan tiba ke Cameron Highlands pada 9 Januari untuk melakukan lawatan rasmi ke Kem Slim dan pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Related Articles

Leave a Reply