Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais Pahlawan bukti ketumbukan bersama tiga perkhidmatan ATM

Eksesais Pahlawan bukti ketumbukan bersama tiga perkhidmatan ATM

by Nurulhuda

PORT DICKSON, 18 Jan – Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Md Tajri Alwi berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan satu latihan besar-besaran di peringkat ATM yang akan melibatkan Tentera Darat, Laut dan Udara.

Latihan Eksesais Pahlawan itu bersesuaian dengan pengistiharan oleh Panglima ATM bahawa, tahun 2019 sebagai tahun ketumbukan bersama dan latihan itu bagi memastikan semua perkhidmatan terbabit sentiasa bersedia dengan kepakaran masing-masing, katanya.

“Justeru, selari dengan amanat Panglima ATM dan menentukan warga Tentera Darat sentiasa bersedia dan terlatih, maka Panglima Tentera Darat telah mensasarkan tahun ini sebagai tahun latihan dan penjajaran Tentera Darat.

Semua warga Tentera Darat mestilah dijajar dan dilatih mengikut tugas dan tanggungjawab masing-masing,” katanya pada Perbarisan Jubli Perak Hari Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) di padang kawad Kem Segenting di sini, pada Khamis.

Perbarisan bersejarah itu diketuai oleh Ketua Cawangan Doktrin Bantuan Tempur Markas PLDTD, Lt Kol Shamsul Annuar Musa, disertai seramai 27 pegawai dan 580 anggota lain-lain Pangkat (LLP) yang terdiri daripada 34 pasukan di bawah naungan PLDTD serta diiringi oleh pancaragam gabungan dari Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (PUZIDA) dan Rejimen Ke-2 Kor Armor Diraja.

Seramai 12 LLP menerima Sijil Kecemerlangan atas keperihatinan dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab sebagai anggota di bawah naungan PLDTD dalam acara yang dilaksanakan di Dewan Serbaguna Kem Segenting.

Turut hadir menyaksikan perbarisan ialah Mantan Panglima Latihan Tentera Darat Ke-5, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Shahrom Dato’ Hj Nordin (Bersara) serta isteri.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply