Home SemasaGlobal 4 maut letupan di Kabul

4 maut letupan di Kabul

by Noor Sheila Amin

KABUL, 15 Jan – Sebuah bom kereta yang meletup di Kabul hari ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang manakala 44 yang lain cedera.

Namun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam letupan dahsyat itu tatkala usaha diplomatik sedang dilakukan bagi mengakhiri peperangan selama 17 tahun dengan pemberontak Taliban.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Najib Danish berkata militan mensasarkan Green Village iaitu kawasan terletak berhampiran jalan raya sibuk di timur bandar di mana beberapa pekerja asing bekerja dekat situ.

Tambahnya, letupan terbabit menyebabkan sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak cedera.

“Rumah penduduk di kawasan berhampiran rosak teruk dan pasukan polis khas dikerahkan ke lokasi kejadian,” katanya

Serangan kali terakhir terhadap kawasan didiami warga asing berlaku pada November lepas apabila bom kenderaan milik pemberontak Taliban dilaporkan meletup di luar firma keselamatan British G4S sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang.

Related Articles

Leave a Reply