Home Semasa Saya tidak ceroboh perairan Singapura – Menteri Besar Johor

Saya tidak ceroboh perairan Singapura – Menteri Besar Johor

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 13 Jan – Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian sekali lagi menegaskan beliau tidak menceroboh kawasan perairan Singapura sebagai mana didakwa republik itu, Rabu lepas, sebaliknya mahu melihat anggota Jabatan Laut menjalankan tugas.

Memetik laporan Bernama, Osman berkata lawatan untuk melihat anggota dan pegawai Jabatan Laut yang bertugas di atas kapal MV Pedoman, kapal induk jabatan itu di kawasan sempadan perairan Malaysia-Singapura itu, bukan bertujuan melakukan provokasi malah ia diketahui oleh Wisma Putra.

“Saya tiada niat melakukan provokasi ke atas negara jiran. Kita tiada niat untuk menceroboh. Kita boleh tunjuk pelan,” katanya kepada pemberita selepas majlis menyalakan tanglung sempena Tahun Baharu Cina, di Taman Impian Emas, di sini Sabtu malam.

Susulan dakwaan tersebut, Kementerian Luar Singapura mengeluarkan kenyataan semalam mengatakan bahawa pencerobohan di kawasan perairan Singapura di luar Tuas itu menjadikan mesyuarat JMCIM ke-14 tidak dapat diadakan, sekaligus mencadangkan supaya mesyuarat itu ditangguhkan, dan ia dipersetujui Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply