Home Semasa Pegawai Tentera ditahan SPRM

Pegawai Tentera ditahan SPRM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR 8 Jan – Tiga individu termasuk dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes tuntutan palsu bagi pembekalan langsir pasang siap yang bernilai kira-kira RM60,000.

Menurut sumber, kedua-dua pegawai TLDM yang memegang jawatan sebagai Kapten Kapal dan Komander iaitu Pegawai Memerintah, manakala seorang lagi adalah pengurus sebuah syarikat langsir pasang siap yang berusia 54 tahun turut terbabit dalam kes tersebut. Katanya, kesemua mereka ditahan di SPRM Cawangan Langkawi kira-kira pukul 2.20 petang hingga pukul 7.30 malam.

”Siasatan awal mendapati pengurus syarikat tersebut telah bersubahat dengan dua pegawai TLDM dalam mengemukakan invois yang mengandungi butiran palsu berhubung kerja pembekalan langsir pasang siap di TLDM Puncak Lang Langkawi berjumlah lebih RM60,000.

“Sedangkan pembekalan tersebut tidak dibuat sepenuhnya walaupun bayaran penuh telah dibuat oleh TLDM. Tambah sumber, SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap kesemua suspek pagi ini di Mahkamah Majistret Langkawi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Kedah, Dato’ Mohd. Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun tidak mengulas lanjut berhubung kes berkenaan. ”Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Related Articles

Leave a Reply