Home SemasaGlobal ‘Amalan kejam’ punca pengunduran kakitangan PA di Rafah

‘Amalan kejam’ punca pengunduran kakitangan PA di Rafah

by Noor Sheila Amin

GAZA, 7 Jan – Bahagian hal ehwal awam Pihak Berkuasa Palestin (PA)  dalam satu kenyataannya memaklumkan pengunduran kakitangannya dari pos sempadan di Rafah, terletak di selatan Semenanjung Gaza adalah bagi membantah ‘amalan kejam’ oleh lawannya Hamas.

Dipetik agensi berita rasmi Palestin, WAFA, keputusan itu dibuat berikutan perkembangan terbaharu dan kekejaman di Semenanjung Gaza apabila Fatah menuduh Hamas , ‘memanggil, menahan dan mendera kakitangannya,’ menyebabkannya merumuskan kehadiran mereka sia-sia, kata kenyataan itu.

Pergerakan Islam Hamas merampas kawalan di Gaza pada 2007 dalam peperangan dengan parti pimpinan Presiden Mahmoud Abbas, Fatah.

Namun PA mengambil alih kawalan di Rafah pada November 2017 sebagai sebahagian perjanjian yang menyaksikan Mesir membuka semula sempadan yang ditutup sepenuhnya bermula Ogos tahun sama, ditutup selama bertahun sebelum itu.

“Sejak kami mengambil alih lintasan sempadan Rafah, Hamas menghalang tugas kru kami di sama,” kata kenyataan itu.

Ia berkata, Mesir menjadikan pembukaan semula Rafah, satu-satunya lintasan darat dari Semenanjung Gaza ke wilayah bukan Palestin melepasi dua pos Israel, disyaratkan kepada PA untuk menguruskannya.

Seorang jurucakap Hamas berkata, keputusan PA berundur, ‘adalah langkah baharu oleh Mahmoud Abbas dalam memisahkan Tebing Barat dari Semenanjung Gaza.’

Related Articles

Leave a Reply