Home SemasaGlobal 100 tentera Turki disyaki pengikut Fethullah Gulen di tahan

100 tentera Turki disyaki pengikut Fethullah Gulen di tahan

by Noor Sheila Amin

ISTANBUL, 7 Jan – Pendakwa raya Turki mengarahkan lebih 100 orang tentera ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian gerakan ulama yang dituduh mendalangi rampasan kuasa gagal pada 2016, kata media tempatan, hari ini.

Memetik laporan berita Reuters, penahanan itu susulan siasatan terhadap komunikasi telefon berbayar antara pengikut rangkaian gerakan ulama Fethullah Gulen, dan ia masih berjalan.

Polis sudah merancang beberapa serbuan terhadap penyokong Gulen sejak cubaan rampasan kuasa, Julai 2016 hingga menyebabkan 250 orang terbunuh. Gulen menafikan dirinya terbabit.

Lebih daripada 77,000 orang dipenjarakan sementara menunggu perbicaraan, sementara 150,000 orang awam, pegawai tentera dan yang lain sudah dipecat atau digantung tugas sebagai sebahagian daripada tindakan selepas rampasan. Operasi meluas masih menjadi rutin.

Kumpulan hak asasi manusia dan sekutu Barat Turki menyuarakan kebimbangan terhadap skala tindakan keras itu, dengan mengatakan Presiden Tayyip Erdogan menggunakan kekerasan untuk membantah pendapat.

Bagaimanapun, kerajaan berkata, beberapa langkah keselamatan diperlukan kerana ancaman yang terpaksa dihadapi Turki.

Related Articles

Leave a Reply