Home Semasa Kes Adib: Ummah serah memorandum kepada PM

Kes Adib: Ummah serah memorandum kepada PM

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 21 Dis –  Seramai  300 badan bukan kerajaan (NGO) dan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) telah berkumpul dan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menggesa pemecatan Menteri Perpaduan, P Waytha Moorthy, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran dan Exco Selangor, V Ganabarau.

Memorandum tersebut telah disampaikan oleh  Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahya kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya di hadapan Pejabat Perdana Menteri.

Menurut Aminuddin, kandungan memorandum itu juga turut meminta supaya kerajaan tidak membenarkan sebarang campur tangan eksekutif dalam proses siasatan kes kematian Pegawai Bomba (PB) Mohamad Adib Mohd Kassim yang dipukul perusuh ketika sedang bertugas.

“Kita minta supaya kerajaan komited dengan apa yang mereka perjuangkan bagi memastikan tiada sebarang campur tangan politik dalam siasatan kes ini.

“Adib terkorban sewaktu menyelamatkan orang dan beliau juga tidak membawa sebarang senjata. Jadi kita harap kerajaan dapat mendengar suara rakyat di peringkat bawah berhubung kes ini,”katanya.

Dalam masa yang sama, Aminuddin berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga pemimpin tersebut menimbulkan rasa kebencian diantara kaum sehingga menyebabkan berlakunya insiden tidak diingini.

“Waytha Moorthy dan Kula Segaran juga mempunyai rekod buruk apabila pernah menyebarkan fitnah dan kebencian sehingga menyebabkan perpecahan antara kaum di negara ini.

“Mereka tiada kelayakan untuk memegang sebarang jawatan dalam kerajaan atas sikap rasis dan kebencian yang melampau,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Ummah, Kamarul zaman Mohamad berkata pihaknya menggesa supaya Tun Mahathir dapat memberi maklum balas terhadap kandungan memorandum tersebut dalam tempoh masa seminggu.

“Sekiranya tiada sebarang tindakan yang diambil, kami akan menganjurkan himpunan yang lebih besar bagi mendesak supaya pihak terbabit dilucutkan jawatan.

“Sebelum ini kami telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati bagi menggesa supaya siasatan dijalankan berhubung kes Adib dan Insya-ALLAH minggu hadapan juga kami akan buat laporan polis buat kali kedua,” katanya.

Muhammad Adib menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 9.41 malam, isnin  yang lalu selepas hampir 3 minggu terlantar akibat dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman baru-baru ini.

Susulan itu, beberapa pihak tampil dan mendesak supaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  untuk memecat Waytha Moorthy daripada jawatannya bagi meregangkan ketegangan kaum di negara ini.

Pemuda Parti Bersatu turut menyerahkan memorandum kepada Tun Mahathir bagi mendesak Waytha Moorthy
dilucutkan daripada jawatan Menteri  Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.

Related Articles

Leave a Reply