Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Batalion ke-8 Rejimen Sempadan kukuhkan keselamatan Sabah

Batalion ke-8 Rejimen Sempadan kukuhkan keselamatan Sabah

by Air Times News Network

MIR, 20 Dis – Panglima Briged ke-31 Infantri Brigedier Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng berkata perpindahan Batalion ke-8 Rejimen Sempadan (8RS) ke Tawau akan memperkukuhkan lagi keselamatan di negeri Sabah.

Memetik laporan Utusan Borneo, Johnny berkata perpindahan ini juga sejajar dengan penstrukturan semula Tentera Darat.

“Bentuk muka bumi di Sabah yang besar ini begitu sukar dan juga mungkin rumit untuk operasi. Keselamatan di Sabah perlu diperkukuhkan.

“Apabila diarahkan kita bertukar di tempat lain, kita perlu bersedia berkhidmat demi menjaga keselamatan negara,” katanya ketika ditemu bual pemberita di Kem PLKN Sg Rait di sini, hari ini.

Perbarisan menurunkan bendera 8RS sempena perpindahan ke Tawau diadakan pada pagi ini dengan penuh adat istiadat ketenteraan dengan seramai 13 pegawai dan 212 anggota lain-lain pangkat (LLP) yang diketuai Pegawai Memerintah 8RS, Leftenan Kolonel Mohd Johaizad Jarudin.

Sebelum ini 8RS telah beroperasi di Kem PLKN Sg Rait selama dua tahun lapan bulan bermula penubuhannya pada 1 April 2016.

Related Articles

Leave a Reply