Home Semasa Penutupan K1M ambil kira impak minimum terhadap masyarakat – Dr. Dzulkefly

Penutupan K1M ambil kira impak minimum terhadap masyarakat – Dr. Dzulkefly

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Keputusan menutup 34 daripada 347 Klinik 1Malaysia (K1M) dibuat setelah mengambil kira impak minimum terhadap masyarakat setempat jelas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan sangat prihatin terhadap kebajikan golongan masyarakat berpendapatan rendah (B40) dan kerana itu K1M di projek perumahan rakyat (PPR) tidak ditutup meskipun purata kehadiran pesakit kurang daripada 40 pesakit sehari.

Purata kehadiran pesakit itu merupakan antara kriteria pemilihan bagi penutupan sesebuah K1M selain terdapat fasiliti kesihatan kerajaan lain dalam lingkungan jarak lima kilometer dari K1M dan dipersetujui Jabatan Kesihatan di negeri yang berkenaan, katanya.

Menjelas lanjut, katanya walaupun kementerian menetapkan kriteria-kriteria berkenaan, setiap K1M yang dipilih untuk ditutup akan turut dinilai secara eksklusif bagi memastikan keputusan bagi penutupannya adalah benar-benar wajar.

“Setelah melalui proses penilaian yang komprehensif, sebanyak 34 buah K1M yang akan ditutup kerana memenuhi kriteria-kriteria ini. Keputusan ini diambil kira bagi memastikan impak penutupan yang minimum terhadap masyarakat setempat.

“Proses penutupan fasiliti K1M adalah sehingga tamatnya tempoh sewaan premis masing-masing. Manakala kakitangan di K1M yang terlibat akan dtempatkan semula di Klinik Kesihatan Induk masing-masing.

“Daripada 347 buah K1M, sejumlah 293 akan ditambah nilai dan menjadi Klinik Komuniti. Manakala 20 buah akan dinaik taraf fasiliti kepada Klinik Kesihatan”, katanya semalam bagi menjawab kenyataan Datuk Seri Najib Razak di laman facebooknya berhubung penutupan 34 buah K1M.

Related Articles

Leave a Reply