Home Semasa Polis sahkan pangilan ancaman bom di hospital Tampin palsu

Polis sahkan pangilan ancaman bom di hospital Tampin palsu

by Air Times News Network

TAMPIN 14 Dis – Ketua Polis Daerah Tampin hari ini mengesahkan panggilan ancaman bom yang diterima oleh Bahagian Kecemasan, Hospital Tampin pada pagi tadi adalah panggilan palsu.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Superintenden Ramli Kasa berkata beliau telah mengerahkan anggota di lapangan untuk ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada Pengarah Hospital Tampin Dr Norzaliza Razali.

Menurut laporan media tempatan, pihak polis telah mengerahkan anggota dari Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri dan Unit Anjing Pengesan (K9).

Pihak polis telah melakukan pemeriksaan rapi di kawasan hospital bagi megesan sebarang objek yang disyaki sebagai bom. Hasil pemeriksaan yang memakan masa kira-kira 1 jam mendapat tiada sebarang bom telah dikesan.

Hospital Tampin dibenarkan beroperasi semula pada 9.50 pagi oleh pihak keselamatan selepas mendapati keadaan disahkan selamat.

Sementara itu, pihak PDRM akan melancarkan siasatan untuk mengesan individu yang membuat panggilan ancaman bom palsu. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Hospital Tampin merupakan hospital kedua yang menerima ancaman bom palsu selepas Hospital Pakar KPJ Seremban pada 27 November lalu.

Related Articles

Leave a Reply