Home Semasa Isu Perairan: Singapura tolak cadangan Malaysia hentikan penghantaran aset ke Tuas

Isu Perairan: Singapura tolak cadangan Malaysia hentikan penghantaran aset ke Tuas

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Kementerian Luar Negeri semalam mencadangkan agar mana-mana aset dari kedua-dua negara menghentikan penghantaran aset ke kawasan Tuas yang dipertikaikan iru.

Namun, cadangan tersebut telah ditolak oleh Menteri Luar Singapura tidak lama kemudian.

Cadangan tersebut disuarakan oleh Menteri Luar, Dato’ Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh kementeriannya semalam.

Beliau menyatakan bahawa Malaysia telah menghantar cadangan tersebut kepada Singapura melalui Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur.

Cadangan yang disampaikan adalah untuk kedua-dua negara untuk tidak menghantar aset ke kawasan perairan bertindih di Tuas, Singapura berkuatkuasa 12 tengah malam 8 Disember 2018.

Pihak Kementerian Luar Negeri turut menghantar draf senarai agenda mesyuarat kedua-dua pihak dalam masa terdekat.

Harapan dan Nota Bantahan

“Adalah menjadi harapan kerajaan Malaysia untuk kedua-dua pihak bermesyuarat bagi menyelesaikan isu ini sekitar pertengahan bulan Disember,” kata pihaknya.

Malaysia turut menghantar nota bantahan kepada Singapura mengenai Port Marine Circular No. 9 of 2018 yang menyentuh penambahan zon had perlabuhan Singapura yang berkuatkuasa 6 Disember lalu.

Cadangan ditolak –  Singapura

Sementara itu, Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan mengesahkan bahawa Singapura maklum akan cadangan oleh Dato’ Saifuddin.

Perkara tersebut dinyatakan melalui akaun Facebook rasminya semalam.

Menurut Balakrishnan, Singapura tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan meminta agar Malaysia mengurangkan zon had Pelabuhan Johor Bahru sebagaimana keadaan asal sebelum 25 Oktober 2018.

Selain daripada itu, beliau menegaskan agar kapal-kapal agensi kerajaan Malaysia berhenti melakukan pencerobohan dan provokasi di perairan bertindih.

 

Related Articles

Leave a Reply