Home Semasa Singapura perluas zon had pelabuhan, dakwa Malaysia langgar kedaulatan

Singapura perluas zon had pelabuhan, dakwa Malaysia langgar kedaulatan

by M.Daim

SINGAPURA, 7 Dis – Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan semalam mengumumkan keputusan kerajaannya untuk memperluaskan kawasan had pelabuhan di Tuas. Perluasan tersebut berkuatkuasa mulai semalam.

Keputusan tersebut dinyatakan dalam satu kenyataan akhbar di portal rasmi kementeriannya.

Beliau turut menyatakan bahawa keputusan untuk menambah zon had pelabuhan Tuas dibuat sebagai langkah untuk membendung sebarang pencerobohan oleh Malaysia.

Peta A menunjukkan zon had Pelabuhan Johor Bahru yang ditambah baru-baru ini kini bertindih dengan zon had Pelabuhan Singapura (B) . Sumber peta asal: Kementerian Pengangkutan Singapura

Beliau menyatakan Singapura telah mentadbir zon perairan yang kini tertakluk di dalam zon had Pelabuhan Johor Bahru semenjak tahun 1999.

“Kami telah meronda kawasan perairan tersebut setiap masa dan sentiasa melakukan bantahan terhadap sebarang pencerobohan yang berlaku.

“Malaysia yang tidak pernah menuntut hak perairan di kawasan tersebut secara tiba-tiba mendakwa perairan tersebut milik mereka. Tanpa sebarang rundingan, Malaysia telah mengubah keadaan di perairan tersebut,” kata pihak Kementerian Pengangkutan Singapura.

“Ini merupakan satu provokasi dan pencabulan kedaulatan negara Singapura dan undang-undang antarabangsa,”.

Related Articles

1 comment

mawar putih 11 December 2018 - 11:10 am

singapura or malaysia yg perluaskan zon had pelabuhan tu..artikel ini mencelarukan lah

Reply

Leave a Reply to mawar putihCancel reply