Home Semasa Sambutan Hari Hak Asasi Manusia ditangguh – SUHAKAM

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia ditangguh – SUHAKAM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menangguhkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018 dijadual berlangsung pada Sabtu ini ke tarikh yang dimaklumkan kelak.

Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail berkata sambutan di Padang Timur, Petaling Jaya itu terpaksa ditangguhkan selepas pihaknya dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pejabat Perdana Menteri terdapat risiko keselamatan terhadap acara terbabit.

“Tanpa memberikan butiran lanjut kami dimaklumkan oleh kedua-dua pihak acara berkenaan terdapat risiko keselamatan yang serius dengan keselamatan negara.

“SUHAKAM kecewa dengan kerajaan yang komited kepada hak asasi manusia namun terpengaruh dengan taktik tekanan dan ekstremis sehingga menyebabkan sambutan yang dirancang berbulan lalu terpaksa ditangguhkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Razali berkata, SUHAKAM memohon maaf kepada orang ramai, tetamu serta sukarelawan dan mereka yang terlibat dalam sambutan itu.

Satu sidang media yang akan dipengerusikan beliau akan diadakan di ibu pejabat suruhanjaya itu pukul 4 petang ini bagi menjelaskan penangguhan sambutan ini.

Related Articles

Leave a Reply