Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut KD Tunku Abdul Rahman sertai latihan di perairan timur Sabah

KD Tunku Abdul Rahman sertai latihan di perairan timur Sabah

by Air Times News Network

SANDAKAN, 26 Nov – Buat julung kalinya kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tunku Abdul Rahman melaksanakan pelayaran operasi ke perairan timur negeri ini pada penyertaan latihan di perairan daerah ini, semalam.

KD Tunku Abdul Rahman yang merupakan salah sebuah daripada dua kapal selam dari kelas Scorpene yang dimiliki oleh TLDM berpangkalan di Kota Kinabalu mengadakan beberapa siri latihan bersama kapal dari Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Cawangan Komunikasi Strategik Mawilla 2,  Kapal KD Sri Johor melaksanakan beberapa siri latihan dalam menguji keupayaan aset laut Mawilla 2 bersama kapal selam KD Tunku Abdul Rahman.

Selain latihan bersama aset permukaan, aset udara TLDM iaitu pesawat helikopter Fennec turut menyertai siri latihan bersama ini bagi evolusi Hi-Line Transfer (HLT), kata kenyataan itu, hari ini.

Kenyataan itu menambah pelaksanaan siri latihan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan interoperabiliti aset Mawilla 2 dalam menghadapi sebarang kemungkinan dan menguji prosedur tetap yang sedia ada sama ada di permukaan air, bawah permukaan dan udara.

Latihan yang dilaksanakan ini juga dapat menguji tahap kewaspadaan dan kesiapsiagaan kru dalam menghadapi sebarang situasi ancaman dan kecemasan di samping meningkatkan kerjasama dan hubungan di antara kapal selam dan aset-aset TLDM di timur negeri ini.

Menurut kenyataan itu kehadiran kapal selam TLDM itu memberikan impak yang sangat positif kepada komuniti maritim di timur Sabah khususnya keyakinan terhadap kredibiliti TLDM dalam menjaga keselamatan perairan kawasan operasi maritim Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang sentiasa terdedah dengan ancaman seperti jenayah rentas sempadan dan jenayah di laut.

 

Related Articles

Leave a Reply