Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut PASKAL kini miliki pusat latihan canggih

PASKAL kini miliki pusat latihan canggih

by Air Times News Network

LUMUT, 17 Nov – Pusat Latihan Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang merupakan kebanggaan pasukan elit ini, telah rasmikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Pusat ini yang dibina di Pangkalan TLDM, Lumut mampu melatih anggota PASKAL  bersesuaian dengan cabaran dan teknologi canggih dimiliki pengganas.

Panglima Tentera Laut di dalam ucapannya berkata, “kejayaan pembinaan pusat latihan ini membuktikan kerajaan dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberi keutamaan di dalam pembangunan infrastruktur sejajar dengan pelan Transformasi 15 to 5 dalam merealisasikan hala tuju PASKAL dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan maritim serta perairan negara agar sentiasa terpelihara”

“Hala tuju pusat latihan PASKAL ini adalah menjadi sebuah pusat latihan yang ulung dan peneraju dalam operasi khas maritim.

“Pusat latihan ini akan bertanggungjawab sebagai Centre of Excellent bagi operasi khas maritim khususnya dalam pembangunan taktik, teknik dan prosedur mengikut keperluan dan perkembangan semasa” ujar beliau.

TLDM dalam kenyataan hari ini juga berkata, pusat latihan PASKAL ini mula dibina pada 14 April 2015 oleh Syarikat Bintang Kencana Sdn. Bhd. dengan kos RM 24 juta.

“Pusat latihan ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti Mock Up pelantar minyak, Bangunan Close Quarter Battle (CQB), menara tempur, kolam tempur, gimnasium terbuka, gelanggang tinju, parachute hangar, gedung senjata dan lapang sasar.

Mock Up pelantar minyak ini merupakan satu-satunya kemudahan yang terdapat di rantau ini yang mampu melaksanakan simulasi latihan serangan Tim Gempur PASKAL bagi menawan semula pelantar minyak daripada ditawan pengganas selari dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 18”, katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, penubuhan pusat ini bakal menjadi institusi latihan yang mampu melahirkan warga PASKAL yang terlatih, kompeten dan bersedia untuk menghadapi sebarang ancaman.

Related Articles

Leave a Reply