Home PolitikBarisan Nasional Sedia pertahan kerusi DUN Rantau – Mohamad

Sedia pertahan kerusi DUN Rantau – Mohamad

by Air Times News Network

NEGERI SEMBILAN, 16 Nov – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan akan berbincang dengan barisan peguamnya keperluan untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan petisyen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, yang diputuskan hari ini oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau yang merupakan responden pertama dalam petisyen yang difailkan calon PKR, Dr S. Streram, berkata beliau menghormati keputusan mahkamah hari ini yang memutuskan kemenangannya untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada PRU yang lepas adalah tidak sah dan batal.

“Kita menghormati keputusan mahkamah hari ini yang dibuat oleh pihak hakim yang bijaksana, ini merupakan proses rayuan daripada pihak pempetisyen jadi saya akan berbincang dengan pihak peguam saya sama ada rayuan akan dibuat di peringkat mahkamah yang lebih tinggi,” kata Mohamad.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Azimah Omar mengarahkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan selepas kerusi DUN berkenaan dimenangi Mohamad Hasan tanpa bertanding pada 28 April lalu.

Beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan hujah barisan peguam pempetisyen Dr S.Streram dan peguam responden yang berlangsung selama 12 hari melibatkan 19 saksi perbicaraan.

Azimah dalam penghakimannya berata, tidak wujud sebarang undang-undang pilihan raya yang menyatakan tag atar pas masuk diperlukan oleh calon, pencadang dan penyokong untuk mengemukakan borang pencalonan.

“Untuk mempertahankan jawatan sepatutnya saya bertandinglah, tapi terpulang kepada pucuk pimpinan dan parti untuk memastikan siapa calon yang sebaiknya untuk bertanding atau pun tidak pada PRK nanti,” kata Mohamad.

Pada 23 Mei lalu, Dr Streram yang merupakan seorang pakar bius memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon PRK DUN itu diadakan semula kerana mendakwa penyandangnya tidak dipilih secara sah dan terbatal.

Dalam petisyennya, beliau menamakan Mohamad sebagai responden pertama, pegawai pengurus pilihan raya bagi kawasan Parlimen Rembau, Amino Agus sebagai responden kedua dan SPR responden ketiga.

 

Related Articles

Leave a Reply