Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Rusli Panglima Armada Barat TLDM yang baharu

Rusli Panglima Armada Barat TLDM yang baharu

by Air Times News Network

LUMUT, 15 Nov – Laksamana Muda Datuk Rusli Ramli dinaikkan pangkat sebagai Laksamana Madya dan dilantik menjawat jawatan Panglima Armada Barat berkuat kuasa hari ini.

Rusli menggantikan Laksamana Madya Datuk Pahlawan Mohamad Adib Abdul Samad yang bakal bersara pada Jun 2019 daripada perkhidmatan setelah 41 tahun didalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menurut laporan Utusan Online, majlis serah terima tugas itu berlangsung di Auditorium Venus Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL), Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di  sini hari ini yang disaksikan oleh Panglima Tentera Laut, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruldin.

Turut dilantik, Laksamana Muda Datuk Aris Adi Tan Abdullah menggantikan Laksamana Madya Datuk Rusli Ramli sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan (PPL).

Sepanjang menjawat jawatan PPL lebih setahun, Rusli sangat mengutamakan aspek pendidikan dan latihan dalam kalangan ‘The Navy People’ supaya berada dalam landasan betul.

Selain itu, Laksamana Pertama Roslan Yunus turut dilantik sebagai Komander  Pangkalan Lumut menggantikan Laksamana Muda Datuk Pahlawan Alias Baharuddin.

Pada Majlis itu juga, seramai tiga pegawai TLDM dan  Pengarah Bahagian Trasformasi pendidikan bagi MARA Corporation,  Prof. Dr. Sakina Sofia Baharom dinaikkan pangkat.

Sakina Sofia dinaikkan pangkat sebagai Kapten (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM).

Sementara itu, Ahmad Kamarulzaman mengucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut dan berharap dengan kenaikan pangkat itu,  aspek pengurusan dan kerja TLDM dapat dijelmakan secara berterusan.

“Saya berharap mereka yang dinaikkan pangkat dapat mencurahkan dan memberi komitmen bagi memastikanTLDM berada pada landasan terbaik. Saya menaruh harapan tinggi kepada setiap anggota agar dapat berganding bahu dan komited demi menyokong transformasi TLDM,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply