Home Pertahanan dan Keselamatan RM98 juta peruntukan Belanjawan 2019 untuk veteran tentera

RM98 juta peruntukan Belanjawan 2019 untuk veteran tentera

by Air Times News Network

 

KUALA NERUS, 10 Nov – Sebanyak RM98 juta daripada RM5.9 bilion peruntukan kerajaan kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri dalam pembentangan Belanjawan 2019 baru-baru ini akan disalurkan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, peruntukan itu meningkat sebanyak RM20 juta berbanding RM78 juta yang diperuntukan kerajaan sebelum ini kepada golongan itu pada tahun ini.

“Meskipun pada Belanjawan 2019 peruntukan Kementerian Pertahanan sedikit berkurangan berbanding tahun ini, tapi atas keprihatinan kerajaan kita dapat pertambahan RM20 juta bagi meningkatkan kebajikan dan kesejahteran golongan veteran ATM.

Mohamad Sabu (kiri) beramah mesra bersama veteran ATM selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada Veteran ATM peringkat Terengganu di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong di sini malam tadi. Foto: Twitter Mohamad Sabu

“Untuk bahagian lain (dalam Kementerian Pertahanan) kita boleh mohon dari semasa ke semasa ikut kemampuan kewangan kerajaan kerana kita tahu kebiasaannya kerajaan akan membentangkan belanjawan tambahan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 185 veteran ATM negeri Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad dan Yang Dipertua Persatuan Veteran ATM Terengganu, Mejar Jeneral Datuk Mohamad Zaki Hamzah. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply