Home Semasa Menyamar polis Malaysia ketika ditahan jual daun ketum

Menyamar polis Malaysia ketika ditahan jual daun ketum

by Air Times News Network

BETONG, 8 Nov – Pihak berkuasa Thailand menahan seorang lelaki berusia 30 tahun mendakwa dirinya anggota polis Malaysia ketika beliau cuba menjual daun ketum kepada anggota polis sempadan Thailand yang menyamar.

Ketua Pasukan Polis Sempadan 445 Betong, Kapten Wasupon Khochawong berkata, lelaki terbabit ditahan polis sempadan Thailand kira-kira 5 petang (waktu tempatan) semalam di kawasan sempadan Betong-Pengkalan Hulu.

“Beliau ditangkap ketika cuba menjual 60kg daun ketum yang disembunyikan di tepi pagar dan dianggar bernilai 20,000 Baht (RM2,600) kepada anggota polis sempadan Thailand yang menyamar sebagai pembeli,” katanya di sini hari ini.

Lelaki warga Malaysia itu yang mengakui perbuatannya itu selepas soal siasat, mendakwa berpangkat koperal dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia dan kini sedang bertugas di Pengkalan Hulu, katanya.

Beliau kini ditahan reman di Balai Polis Betong dan akan dikenakan tuduhan memiliki dan mengedar dadah jenis 5 (daun ketum), menurut Wasupon dan menambah, polis turut merampas sebuah motosikal dan dua telefon bimbit milik suspek. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply