Home Semasa Lebih 4000 peserta berhimpun bantah ICERD

Lebih 4000 peserta berhimpun bantah ICERD

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Kira-kira 4,000 orang peserta berkumpul di Masjid Jamek, Kuala Lumpur hari ini bagi membantah hasrat kerjaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Himpunan yang diketuai Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mula berarak dari perkarangan Masjid Jamek menuju ke pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Perarakan kira-kira jam 1.35 petang itu disertai kira-kira lebih 4,000 orang terdiri daripada penyokong parti tersebut bersama beberapa NGO.

Turut kelihatan adalah Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan dan selebriti, Ashraf Muslim.

Terdahulu, peserta mula memenuhi pekarangan Masjid Jamek, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari sebagai tanda protes kepada ICERD.

Related Articles

Leave a Reply