Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Hadi Awang serah memorandum bantah ICERD

Hadi Awang serah memorandum bantah ICERD

by Nurulhuda

PARLIMEN, 31 Okt – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai 10 peserta Himpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ke bangunan Parlimen, hari ini.

Mereka akan menyerahkan memorandum bantahan ICERD kepada wakil Jabatan Perdana Menteri, yang antara lain bagi menzahirkan kebimbangan terhadap usaha menghapuskan hak Bumiputera dalam Perlembagaan Malaysia.

Terdahulu, lebih 100 peserta berjalan dari kawasan Tugu Negara bermula jam 10.30 pagi sebelum berhenti kira-kira 100 meter dari pintu pagar bangunan Parlimen selepas dihalang anggota dan pegawai polis yang berkawal di situ.

Bantahan tersebut diadakan susulan ia didakwa akan memberi kesan kepada penghapusan hak keistimewaan orang Melayu serta bumiputera sekiranya negara meratifikasi perjanjian tersebut.

Justeru itu dengan kebimbangan tersebut mewakili NGO Islam dan Melayu, Aminuddin menyerahkan memorandum khas ‘tolak ICERD Penghapusan Hak Bumiputera kepada kerajaan yang diterima oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Wira Dr Md Farid Md Rafik yang turut disertai Menteri Pendidikan, Dr Mazlee Malik.

Sementara itu, beberapa pemimpin akar umbi Umno turut kelihatan, selain aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan kumpulan pelajar pro-PAS Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).

Mereka dilihat memegang beberapa sepanduk ‘ICERD adalah Malayan Union 2.0’ dan ‘Jangan Jual Kedaulatan Negara’ sambil melaungkan ‘Bantah ICERD’ dan ‘Allahuakbar’.

Related Articles

Leave a Reply