Home Semasa Irwan dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur

Irwan dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 25 Okt – Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dibawa keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada kira-kira pukul 7.37 pagi ini untuk menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Mohd Irwan Serigar dibawa menaiki kereta Hyundai berwarna hitam dalam konvoi tujuh kereta yang keluar dari ibu pejabat SPRM yang didahului oleh kenderaan polis.

Konvoi berkenaan diiringi polis trafik.

Kenyataan SPRM pada Rabu menyebut Mohd Irwan Serigar dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa hari ini berhubung siasatan beberapa kes pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia.

Mohd Irwan Serigar diminta hadir ke ibu pejabat SPRM pada 3.30 petang semalam sebelum ditahan.

Selepas ditahan, SPRM membawa Mohd Irwan Siregar ke rumahnya di Presint 8 di sini dan antara barang yang dibawa keluar ialah sebuah beg bimbit (briefcase). – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply