Home Semasa Premis sate tulang di Senawang diarah ditutup

Premis sate tulang di Senawang diarah ditutup

by Nurulhuda

SEREMBAN, 22 Okt – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) mengarahkan pengusaha premis sate tulang di Senawang menutup operasinya selama dua minggu bermula 21 Okt kerana didapati telah mengabaikan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.

Pengarahnya, Dr Zainudin Mohd Ali berkata pihaknya telah membuat pemeriksaan mengejut ke atas sebuah rumah yang dijadikan tempat penyediaan sate tulang tersebut, susulan tular isu kebersihan tempat berkenaan oleh netizen dalam Facebook.

“Maklum balas yang diterima hasil siasatan ini mendapati pemunya premis telah melanggar Akta Makanan 1983 dan secara keseluruhan premis ini didapati tidak bersih.

“Selain itu pengusaha premis juga didapati telah melakukan beberapa kesalahan seperti pengendali makanan tiada suntikan tifoid, peralatan masakan yang kotor dan amalan penyediaan makanan yang tidak bersih,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Dr Zainuddin berkata premis tersebut diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply