Home Semasa Najib sekali lagi dipanggil beri keterangan kepada SPRM

Najib sekali lagi dipanggil beri keterangan kepada SPRM

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 18 Okt – Bekas Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, dipercayai berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut sumber SPRM, Najib hadir ke ibu pejabat SPRM di sini kira-kira 9 pagi dan keluar lebih empat jam kemudian.

Sebelum ini, Najib telah beberapa kali dipanggil untuk memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan SPRM.

Najib sebelum ini telah didakwa di mahkamah atas 32 pertuduhan.

Pada 4 Julai lepas, beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Seterusnya pada 8 Ogos, bekas perdana menteri itu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada aktiviti haram milik dana SRC International Sdn Bhd, dalam dua akaun miliknya, empat tahun lepas.

Pada 20 September, Najib sekali lagu didakwa atas 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 dan empat pertuduhan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM. -Bernama

Related Articles

Leave a Reply