Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau mendapat maklumat berhubung desas-desus Ahmad Zahid yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk akan didakwa menerusi laporan di media sosial namun tidak dapat mengesahkan lagi kebenarannya.

“Saya ada baca mengenainya tapi masih belum pasti lagi. Kita akan panggil mesyuarat MT UMNO dan akan buat keputusan di sana (pada mesyuarat itu). Kita tunggu dan lihat, jika ada pengesahan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ahmad Zahid,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang turut senada dengan Mahdzir berkata, keputusan mengenai kedudukan Ahmad Zahid wajar ditentukan menerusi mesyuarat MT UMNO. – Bernama