1.6K
KUALA LUMPUR, 17 Okt – Biro Politik PKR telah mengambil maklum berhubung dakwaan berlakunya politik wang dalam pemilihan parti dan perkara itu akan disiasat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum PKR itu berkata maklumat berkaitan diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan jawatankuasa disiplin untuk tindakan lanjut.
“Kita sudah ambil semua maklumat dan (diserahkan) kepada JPP dan jawatankuasa disiplin. Mereka akan siasat,” katanya kepada media di lobi parlimen hari ini.
Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli sebelum ini mendakwa politik wang berlaku di enam negeri yang sudah mengadakan pemilihan PKR.
Mesyuarat Biro Politik PKR diadakan malam tadi. – Bernama