Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara IAFCC’ 18 pertingkat hubungan diplomasi pertahanan

IAFCC’ 18 pertingkat hubungan diplomasi pertahanan

by Nurulhuda

PUCHONG, 16 Okt – Perlawanan akhir Kejohanan International Air Force Cricket Challenge 18 (IAFCC’ 18) telah berlangsung di Stadium Kriket Kinrara, Puchong hari ini.

Perlawanan akhir yang memasuki hari ke enam ini merupakan perlawanan akhir di antara Pasukan Kriket Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menentang Pasukan Kriket Royal Air Force (RAF) dimana sebahagian daripada pemain TUDM merupakan pemain kebangsaan.

Penganjuran kejohanan IAFCC’ 18 ini merupakan inisiatif Persatuan kriket TUDM sempena ulang tahun ke-60 TUDM pada tahun ini. Kejohanan ini juga adalah yang pertama melibatkan pasukan Tentera Udara daripada negara anggota Five Power Defence Arrangement (FPDA) iaitu Royal Air Force (RAF), Royal Australian Air Force (RAAF) dan Royal New Zeland Air Force (RNZAF).

Kejohanan yang diadakan bermula pada 10 hingga 17 Oktober ini bertujuan memupuk semangat muhibah dan persaingan yang sihat disamping dapat mengukuhkan hubungan baik di kalangan perkhidmatan Tentera Udara seterusnya dapat meningkatkan lagi perhubungan diplomasi pertahanan.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM mewakili Panglima Tentera Udara, Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen dato’ Dr Hj Mohd Yunus bin Masjuki TUDM selaku Penaung Lembaga Sukan RUDM, wakil-wakil penaja dan Pegawai Kedutaan daripada United Kingdoms, New Zeland serta Australia.

Related Articles

Leave a Reply