Home Semasa Tun Mahathir gembira Anwar kembali ke Parliamen

Tun Mahathir gembira Anwar kembali ke Parliamen

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau gembira Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Dewan Rakyat selepas menang pada pilhan raya kecil Parlimen Port Dickson pada Sabtu lalu.

“Kita memang telah menjangka beliau akan kembali, kita tahu beliau akan menang….sudah tentu saya gembira. Beliau dari parti yang sama,” kata Perdana Menteri pada pemberita di lobi Parliamen hari ini.

Anwar mengalahkan enam calon lain termasuk calon PAS Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan memperoleh majoriti undi lebih besar sebanyak 23,560-undi majoriti.

Anwar mengangkat sumpah jawatan sebagai anggota Dewan Rakyat di hadapan Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebaik sahaja Dewan Rakyat memulakan sidang mesyuarat kedua penggal pertama Parlimen ke-14.

Ditanya mengenai usaha yang sedang diambil kerajaan ke arah pemansuhan hukuman mati mandatori secara digantung sampai mati, Dr Mahathir berkata perundangan bagi maksud itu masih belum diluluskan.

“Hanya bercakap mengenainya sahaja tidak bermakna hukuman itu telah dimansuhkan, Ia belum dimansuhkan lagi, kita kena tunggu sehingga akta mengenai perkara itu diluluskan,” kata Dr Mahathir.

Mengenai keputusan Malaysia membebaskan 11 tahanan Islam berketurunan etnik Uighur, beliau berkata: “Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan di negara ini, jadi mereka dibebaskan”.

Dilaporkan mereka telah tiba di Turki. Keputusan itu telah mendapat kritikan Beijing. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply