Home Semasa NADMA nafi hantar SMS tabung gempa bumi Sulawesi

NADMA nafi hantar SMS tabung gempa bumi Sulawesi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menafikan menghantar mesej ringkas mengenai Tabung Bencana Gempa Bumi dan Tsunami (TBGBTS) melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp.

Dalam kenyataannya hari ini, Nadma menegaskan mesej ringkas yang tersebar atas nama Tabung Bencana Gempa Bumi NADMA yang didepositkan kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (221191183544) adalah bukan daripada agensi itu.

Sebaliknya, menurut agensi itu mereka yang ingin menderma boleh berbuat terus ke TBGBTS.

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun Bank Muamalat bernombor 16010000882-71-8 atau melalui cek atas nama Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Bukti transaksi berkenaan perlu dihantar ke nombor 012-6519563 atau 012-2344048 untuk tujuan rekod.

Kerajaan pada 4 Okt lepas telah meluluskan penubuhan TBGBTS bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami Sulawesi dan tempoh operasi tabung berkenaan adalah selama sebulan sehingga akhir bulan ini. -Bernama

Related Articles

Leave a Reply