Home Semasa Lima menteri dapat gelaran Datuk Seri

Lima menteri dapat gelaran Datuk Seri

by Nurulhuda

MELAKA, 13 Okt  – Lima menteri kabinet antara 419 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka bersempena  sambutan ulang tahun ke-80, Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob kali ini.

Mereka yang merupakan antara 14 penerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran ‘Datuk Seri’ ialah  Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Mohd Harun;  Menteri Kesihatan Dr Dzulkeply Ahmad; Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan MD Yusof; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata turut menerima DGSM ialah Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Borhan Dolah; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Roslan Ibrahim; Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Jamil Salleh dan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah) Ahmad Awang.

Yang lain ialah Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Dr Roslan Md Taha; Pengarah Urusan Kuala Linggi International Port Datuk Noormustafa Kamal Yahya; Pengarah Urusan Fazil Group Datuk Mohamad Fazil Shafie dan Pengarah Urusan GUH Holding Sdn Bhd Datuk H’ng Bak Tee.

Adly berkata Rina yang juga Ketua Srikandi Bersatu akan mendahului  senarai penerima itu bersama-sama 160 penerima lain pada istiadat penganugerahan sesi pertama hari ini manakala sesi kedua membabitkan 258 penerima dijadualkan pada 10 November.

“Pakar perunding perubatan Datuk Seri Dr L. Suresh Raj; Pengarah Eksekutif Safz Auto Sdn Bhd Datuk Muhamad Faizal Zainol; Pengerusi Kehormat Persatuan Pelaburan China-Kesatuan Pelaburan Luar Negara Datuk Md Wira Dani Abdul Daim dan Presiden Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia Abdul Ghani Samsudin,” katanya.

Seramai 18 individu dianugerahi Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’ antaranya Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Tey Kok Kiew; Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka Muhammad Jailani Khamis dan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka Mohd Sofi Abdul Wahab.

“Pegawai Kewangan Negeri Melaka Hanafi Sakri; Penasihat Undang-undang Negeri Melaka Mohamad Abazafree Mohd Abbas; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Wong Fort Pin; Naib Presiden Amanah Senator Husam Musa dan Timbalan Ketua Audit Negara  Zulkipli Abdullah,” katanya.- Bernama

Related Articles

Leave a Reply