Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara A400M TUDM berjaya bawa jengkaut seberat 22 tan ke Palu

A400M TUDM berjaya bawa jengkaut seberat 22 tan ke Palu

by Air Times News Network

KOTA PALU – INDONESIA, 10 Okt – Pesawat A400M miliki Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam berjaya membawa sebuah jengkaut seberat 22 tan bagi membantu misi kemanusiaan bencana gempa dan tsunami yang melanda Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah.

Menurut Pegawai Memerintah 22 Skuadron yang juga juruterbang pesawat itu Leftenan Kolonel Baharin Mohamad TUDM, aset berkenaan merupakan jentera terberat yang pernah diterbangkan oleh pesawat berkenaan.

“A400M mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Mutiara SIS Al-Jufri kira-kira pukul 4.50 petang waktu tempatan walaupun cuaca agak berangin dan berawan,” katanya kepada media Malaysia di sini.

Sebelum ini pesawat A400M TUDM hanya membawa muatan lori tangki minyak seberat 12 tan selain bekalan makan.

Misi kemanusiaan mangsa bencana gempa dan tsunami di Palu serta Donggala bermula pada 4 Oktober lepas menggunakan pesawat A400M untuk  penghantaran bantuan ke Palu selain sebuah lagi pesawat C130H milik TUDM yang berpangkalan di Labuan.

Pada 28 September, gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 skala Richter yang berpusat di timur laut Donggala menggoncang Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah yang disusuli dengan tsunami setinggi tiga meter. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply