Home SemasaGlobal Rangkaian rekrut militan yang beroperasi di 17 penjara tumpas

Rangkaian rekrut militan yang beroperasi di 17 penjara tumpas

by Noor Sheila Amin

Rangkaian itu disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Daesh.

Polis menyoal 25 banduan yang ‘dituduh menjadi sebahagian kumpulan rapat dengan Daesh yang mempunyai tugas meradikalkan tahanan lain,’ kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan.

Sumber memberitahu AFP, majoritinya rakyat Maghribi atau rakyat tempatan berasal dari Maghribi. Seorang daripadanya warga Denmark manakala bakinya adalah rakyat tempatan yang menganut Islam.

Dua daripada mereka dijatuhi hukuman penjara pada 2007 kerana berperanan dalam pengeboman kereta api di sini pada 2004, kata sumber anti-keganasan.

Serangan itu mengorbankan 191 orang dan mencederakan lebih 1,800 lain. Ia adalah serangan terburuk militan di Eropah.

Rangkaian itu berhasrat menyatukan tahanan dipenjarakan untuk jenayah keganasan dalam apa yang digelar ‘Barisan Hadapan Penjara.’

Sumber anti-keganasan berkata, rangkaian itu tidak memiliki satu pelan konkrit menjalankan serangan, namun mewujudkan perasaan bimbang terhadap kakitangan penjara. Sesetengah anggota kumpulan bakal dibebaskan tidak lama lagi.

Related Articles

Leave a Reply