Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Muslimat PAS balas budi, hadir Perhimpunan Agung UMNO

Muslimat PAS balas budi, hadir Perhimpunan Agung UMNO

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh buat pertama kali dilihat hadir pada Persidangan Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.

Kelibat pemimpin Wanita PAS itu dilihat bersama beberapa ahli jawatankuasa Muslimat PAS berikutan pengumuman kerjasama UMNO dan PAS sebagai blok pembangkang.

Kehadiran Nuridah dan rombongannya itu adalah atas jemputan khas ke perhimpunan itu.

Bulan lalu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad hadir pada muktamar Dewan Muslimat di Terengganu.

Noraini turut mengalu-alukan kehadiran berterima kasih kepada Nuridah dan rombongannya yang sudi hadir ke perhimpunan kali ini dan beliau menyifatkan kerjasama antara dua blok parti Melayu itu adalah untuk kepentingan agama Islam dan kaum Melayu sendiri.

Related Articles

Leave a Reply