Home PolitikPakatan Harapan Tiada perbincangan kerjasama dengan UMNO – Dr Wan Azizah

Tiada perbincangan kerjasama dengan UMNO – Dr Wan Azizah

by Nurulhuda

SERDANG, 28 Sept  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan wujud perbincangan kerjasama di antara UMNO dan Pakatan Harapan seperti didakwa presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden Pakatan Harapan berkata beliau tidak tahu mengapa Ahmad Zahid sengaja membuat kenyataan tersebut.

“Tidak ada perbincangan… takkanlah kita nak bekerjasama.

“Saya tak tahu kenapa beliau (Ahmad Zahid) cakap macam tu, kena tanya dialah,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Brighter Anjung Kasih YKN di Hospital Serdang.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang mendakwa parti itu akan kembali berkuasa melalui pembentukan kerajaan perpaduan dengan parti komponen parti Harapan tidak lama lagi.

Memetik laporan media semalam, Ahmad Zahid berkata UMNO kini sedang menunggu untuk kembali menjadi kerajaan.

Kenyataan itu reaksi daripada tindakan Barisan Nasional memboikot pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson yang didakwa ada kaitan dengan usaha menjalin perikatan dengan PKR atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kata Ahmad Zahid, pihaknya terbuka untuk mengadakan perbincangan sama ada sebelum atau selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun semalam Anwar menafikan Pakatan Harapan akan berkerjasama dengan UMNO.

Related Articles

Leave a Reply