Home SemasaGlobal Kanada tarik balik taraf warganegara Suu Kyi

Kanada tarik balik taraf warganegara Suu Kyi

by Air Times News Network

OTTAWA, KANADA, 28 Sept – Penggubal undang-undang Kanada, sebulat suara mengundi menarik balik taraf warganegara kehormat yang dianugerahkan kepada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi pada 2007.

Keputusan berkenaan diambil susulan kegagalan Suu Kyi menangani jenayah serta kekejaman terhadap minoriti Rohingya.

Bagaimanapun, keputusan oleh anggota Dewan Rakyat itu tidak berkuat kuasa serta merta, kerana taraf warganegara kehormat diberi mengikut resolusi bersama Dewan Negara.

Justeru, Dewan Negara perlu mengambil tindakan sama menerusi undian bagi menarik balik anugerah yang diberikan kepada Suu Kyi pada 2007 berkenaan.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Justin Trudeau berkata, beliau akan meneliti cadangan itu tetapi pada masa sama, mengakui tindakan itu tidak akan menamatkan krisis di Myanmar.

Usul untuk membatalkan anugerah warganegara kehormat itu dusulkan anggota pembangkang dari Parti Bloc Quebecois, Gabriel Ste Marie.

Minggu lalu, Dewan Rakyat Kanada, secara sebulat suara menyifatkan insiden ke atas etnik Rohingya sebagai pembunuhan beramai-ramai.- Reuters

Related Articles

Leave a Reply