Home SemasaGlobal Langkah lebih tegas untuk Huthi bukan rundingan – Presiden Yaman

Langkah lebih tegas untuk Huthi bukan rundingan – Presiden Yaman

by Noor Sheila Amin

NEW YORK, 27 Sep – Cubaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengadakan rundingan damai bersama pemberontak Huthi ditolak Presiden Yaman, Abedrabbo Mansour Hadi.

Menurut beliau, konflik dengan pemberontak itu tidak boleh diselesaikan hanya menerusi rundingan sebaliknya memerlukan langkah yang lebih tegas.

“Keamanan tidak boleh dicapai dengan mengajak kumpulan samseng ini melakukan perkara yang biasa dibuat oleh golongan pemimpin,” katanya.

PBB mengajak kerajaan Yaman dan Huthi ke Geneva untuk memulakan semula rundingan yang gagal dilaksanakan dua tahun lalu.

Pemberontak Iran itu bagaimanapun enggan berundur dari Sanaa dan menuntut pembebasan anggota mereka yang cedera serta semua tawanan pada saat akhir.

Sementara itu, Arab Saudi sejak tahun 2015 telah mengetuai kempen ketenteraan untuk mengembalikan kuasa kerajaan pimpinan Hadi dan mengusir pemberontak Huthi.

Related Articles

Leave a Reply