Home PolitikPakatan Harapan BN takut kalah di PD – HARAPAN Negeri Sembilan

BN takut kalah di PD – HARAPAN Negeri Sembilan

by Nurulhuda

SEREMBAN, 25 Sept – Tindakan BN yang memboikot PRK Port Dickson dengan tidak meletakkan calon bertan­ding pada PRK ini dilihat untuk menjaga imej parti semata-mata.

Timbalan Pengerusi Harapan Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar berkata, BN tidak berani mengambil risiko mele­tak­kan calon di Port Dickson berikutan mereka sendiri seakan sudah menjangka akan tewas sekiranya bertanding di kerusi parlimen itu.

“Jika BN letak calon bertanding dan mereka kalah sudah pasti akan memberi tekanan kepada pemimpin dan juga ahli BN itu sendiri.

“Kalau asyik berterusan kalah, akan lebih ramai lagi pemimpin dalam Umno bertindak keluar parti kerana tidak mampu bersama dengan parti yang semakin lemah dan me­rundum,” katanya.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan Datuk Danyal Balagopal Abdullah selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasratnya untuk berada dalam Parlimen.

Surat perletakan jawatan Danyal Balagopal diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat 12 September lalu.

Related Articles

Leave a Reply