Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Panglima PASKAL sanggah dakwaan ancaman culik pelakon

Panglima PASKAL sanggah dakwaan ancaman culik pelakon

by Nurulhuda

LUMUT, 24 Sept – Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menegaskan tiada sebarang ancaman dialami sepanjang penggambaran filem Paskal di sekitar Semporna, Sabah.

Panglimanya, Laksamana Pertama Anuar Alias berkata pihaknya sangat menitikberatkan keselamatan pelakon dan kru sepanjang penggambaran berlangsung di lokasi berkenaan.

“Yang keluar itu (berita membabitkan dakwaan hampir diculik) khabar angin atau ada pihak yang sengaja mengadakan cerita untuk cari glamor.

Tiada sebarang ancaman terhadap mereka dan mereka (pelakon dan kru pengambaran) selamat dan sentiasa dalam kawalan kami sepanjang masa, malah Komander Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) juga sudah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tayangan Filem Paskal anjuran Persatuan Veteran Paskal di sebuah pusat membeli belah di Manjung di sini, semalam.

Terdahulu hampir 1,000 penonton menyaksikan tayangan filem itu yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Anuar berkata demikian ketika mengulas dakwaan seorang pelakon lelaki filem berkenaan, bahawa dia dan seorang lagi pelakon nyaris diculik lanun ketika penggambaran filem Paskal di Semporna, pertengahan tahun ini.

Beliau berkata pihaknya berharap perkara itu tidak diperbesarkan dan berharap orang ramai menyokong filem berkenaan serta melihat kejayaan misi yang dilaksanakan dan tugas pasukan elit TLDM itu.

Sementara itu, Anuar berkata sebahagian hasil kutipan tiket filem itu pada hari ini disalurkan kepada tabung Persatuan Veteran Paskal.

“Di Lumut sahaja ada kira-kira 500 veteran Paskal dan ada antara mereka menamatkan perkhidmatan dengan pencen dan tidak berpencen serta ada yang antaranya tiada pendapatan tetap serta sakit.

 

Related Articles

Leave a Reply