Facebook memilih Colombia sebagai negara pertama yang mendapat akses perkhidmatan terbabit kerana rakyatnya merupakan pengguna tegar media sosial dan laman web untuk mencari pasangan hidup.

Ciri terbaharu itu membolehkan pengguna untuk mencipta profil ‘temu janji’ yang berbeza dan tidak boleh dilihat oleh rakan-rakan.

Para pengguna juga akan menerima cadangan pasangan berdasarkan pilihan yang ditetapkan dan minat yang sama.

“Kita melihat ciri ini sebagai peluang yang hebat bagi terus membantu orang ramai membina hubungan dengan cara lebih bermakna dalam Facebook,” kata pengurus produk Facebook Dating, Nathan Sharp. – AFP