Home Pertahanan dan Keselamatan ATM dan PERNAMA anjur program kecermelangan SPM

ATM dan PERNAMA anjur program kecermelangan SPM

by M.Daim

KUCHING, 22 Sept – Seramai 37 orang pelajar telah terlibat Program Motivasi Kecemerlangan PT3 anjuran ATM/PERNAMA Tahun 2018 di 71 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja (71 KPD) , Kem Penrissen Lama, Kuching. Program ini dikendalikan oleh 4 orang guru jemputan khas dari Maktab Rendah Sains MARA Kuching.

Program pendidikan ini telah dirasmikan oleh Leftenan Kolonel Mohd Johari bin Redzuan selaku Pegawai Memerintah 71 Batalion KPD.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar untuk menjadi individu dan pemimpin yang cemerlang serta menyediakan pelajar bagi melengkapkan diri sebagai persediaan menghadapi peperiksaan PT3 sebenar.

Disamping itu, para pelajar turut didedahkan kepada teknik belajar yang betul dan lebih sistematik serta memberi pengetahuan dan kesedaran kepada pelajar tentang kesinambungan pengurusan diri dalam mencapai kejayaan.

Para pelajar juga didedahkan dengan cara menjawab soalan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah dengan betul oleh guru-guru cemerlang yang berpengalaman.

Turut hadir dalam perasmian program ini ialah Kapten Mohd Norhisyam bin Iliyas, PS 2 Pendidikan Markas 1 Divisyen,  Encik Muhamad Fazli bin Bahari selaku Pengurus PERNAMA Kawasan Kuching serta Jurulatih Pendidikan sekitar Kuching.

Related Articles

Leave a Reply