Home SemasaGlobal Pyongyang sedia tamatkan program nuklear

Pyongyang sedia tamatkan program nuklear

by Noor Sheila Amin

SEOUL, 21 Sep – Baru-baru ini Presiden Korea Utara Kim Jong-un mengumumkan hasratnya untuk bertemu dengan Trump, malah menyatakan kesediaan Pyongyang untuk memusnahkan kemudahan peluru berpandu dengan kehadiran pakar antarabangsa.

Menurut Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, sidang kemuncak kedua bakal diadakan diantara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un bertujuan mempercepatkan penamatan program nuklear di Semenanjung Korea.

“Pengerusi Kim (Jong-un) menyatakan hasratnya untuk menamatkan sepenuhnya program nuklear dengan segera bagi memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi negara itu.

“Oleh itu, beliau berharap sidang kemuncak kedua bersama Trump dapat diadakan segera pada masa akan datang, supaya proses penamatan program nuklear dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin,” kata Jae-in pada sidang media di sini, sekembalinya beliau dari Pyongyang.

Jong-un berkata, negara itu juga bersedia menutup kompleks nuklearnya di Yongbyon, jika Amerika Syarikat mengambil tindakan yang sama.

 

Related Articles

Leave a Reply