“Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 14 hari  bermula pada hari penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam, 12 Oktober 2018,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat PRK Parlimen Port Dickson di sini hari ini.

Othman berkata, seramai 75,770 pemilih berdaftar layak mengundi bagi PRK Parlimen Port Dickson iaitu mengikut daftar pemilih sehingga suku kedua 2018 yang dikemaskini sehingga 11 September lalu.

“Daftar pemilih berdaftar itu terdiri daripada 68,486 orang pemilih biasa, 7,268 pemilih awal dan 16 orang pemilih tidak hadir luar negara.

“Bagi menjalankan prose pilihan raya kecil tersebut, SPR telah melantik Khairy Maamor sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson dan Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi,” katanya.

Jelas beliau, PRK kali ini dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM3.6 juta iaitu melebihi PRK lalu kerana Parlimen ini mengandungi lima Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya di mana kawasannya agak luas.

SPR menyasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi dan pihaknya akan melaksanakan ‘Jom Kita Undi’ melalui pelnagai saluran media di lokasi-lokasi strategik di tempat tumpuan awam.