Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, penahanan Najib dibuat apabila Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia Ketua Polis Negara mendapat persetujuan daripada Jabatan Peguam Negara.

“Beliau kemudian akan didakwa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk proses pertuduhan oleh Timbalan Pendakwa Raya mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Noor Rashid memberitahu, sebanyak 21 pertuduhan melibatkan dolar AS681 juta telah disediakan iaitu sembilan pertuduhan melibatkan penerimaan wang haram, lima pertuduhan melibatkan pengunaan wang haram manakala tujuh lagi pemindahan wang haram ke entiti lain.

Jelasnya, tangkapan dan pertuduhan itu dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).