Home Semasa Direman kerana disyaki beri rasuah kepada pengurus Ladang Tabung Tentera Terengganu

Direman kerana disyaki beri rasuah kepada pengurus Ladang Tabung Tentera Terengganu

by Nurulhuda

CHUKAI, 20 Sept – Seorang pemilik syarikat peralatan perkakasan dan jentera ditahan reman selama lima hari bermula semalam selepas dipercayai memberi rasuah sebanyak RM27,500 kepada pengurus Ladang Tabung Tentera Terengganu.

Suspek yang berusia 36 tahun memberi suapan itu kepada pengurus berkenaan sebagai dorongan untuk meneruskan kerja-kerja pembekalan peralatan perkakasan dan jentera kepada ladang tersebut antara Julai sehingga Disember 2015.

Perintah tahanan reman sehingga Ahad depan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kemaman, Masni Hajar Ghazali.

Penahanan reman itu bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sebaik perintah reman diperoleh, suspek kemudian dibawa ke Pejabat SPRM Cawangan Kemaman untuk siasatan lanjut.

Suspek sebelum itu ditahan kira-kira jam 5.40 petang semalam di Pejabat SPRM Cawangan Kemaman.

Related Articles

Leave a Reply