Home SemasaGlobal Jangan rosakkan kestabilan Laut China Selatan – Menteri luar China

Jangan rosakkan kestabilan Laut China Selatan – Menteri luar China

by Noor Sheila Amin

Beijing, 19 Sep – China dalam satu kenyataannya menggesa negara bukan serantau untuk menghormati usaha-usaha oleh negara-negara serantau lain untuk menyelesaikan isu-isu Laut China Selatan secara aman menerusi dialog dan tidak merosakkan keamanan dan kestabilan rantau ini.

Menurut Kementerian Pertahanan Jepun, kapal selam Jepun itu akan menjalankan latihan ketenteraan buat pertama kalinya yang dalam perjalanan ke Cam Ranh Bay Vietnam di Laut China Selatan. Ini juga kali pertama kapal selam Jepun memasuki perairan tersebut.

Menurut jurucakap China, Geng Shuang  dalam satu kenyataan menyatakan “keadaan di Laut China Selatan telah bertambah baik, China dan negara-negara ASEAN sedang berusaha untuk  memperkuat kerjasama maritim dan menyelesaikan perselisihan dengan baik,” katanya.

China menggesa negara-negara bukan serantau untuk menghormati usaha-usaha oleh negara-negara serantau dan bertindak bijak untuk menghindari merosakkan keamanan dan kestabilan rantau ini, tambahnya.

Related Articles

Leave a Reply